Khamis, 28 Mei 2009

Kehidupan Umpama Pentas Pawagam

Minggu lepas, aku dan Honey berpeluang berkunjung ke pawagam untuk menyaksikan kesinambungan filem 'The DaVinci Code' yang berjudul 'Angels & Demons'. Bagiku, plot cerita kali ini agak hambar dan kurang mendebarkan. Tetapi lain pula pendapat Honey. Honey yang sememangnya gemar menonton cereka bergenre epik, prasejarah dan klasik mendangkal dakwaan yang aku lemparkan. Baginya filem ini padat dengan adengan-adengan yang mencemaskan, penuh klimaks dan dia teruja melihat susunan sinematografinya.

Honey: Hey, best tau cerita tadi tu! Tom Hanks yang jadi profesor tu memang arif dalam bidangnya! I suka la cerita tu!

Aku: Apa yang bestnya? Berlakon je semua tu, bukannya betul pon. Buat apa U nak teruja sangat!

Honey: Baby, memanglah semua cerita yang ada kat pawagam tu berlakon, mana ada cerita yang betul-betul la.

Aku: Transformers tu, based on true story apa.

Macam biasa, angkara kecuaian diri sendiri, malam itu aku terpaksa melepaskan sisa-sisa nafsu batinku ke dinding bilik mandi setelah tiba di rumah.

Khamis, 7 Mei 2009

Rakanku Seorang Genius!

Honey telah menghadiahkan aku sebuah iPod nano, model generasi keempat yang mempunyai kapasiti berjumlah 8GB. Alangkah girangnya hatiku apabila dihadiahkan pemain muzik/gambar/video/simpanan data tersebut. Lalu aku membawanya ke rumah. Terima kasih Honey!

Sesampainya di rumah, aku terlihat rakan rumahku, M sedang asyik menonton TV di ruang tamu rumah. Lalu aku melabuhkan pinggul ke sofa dan seterusnya mengeluarkan iPod nano yang baru saja sebentar tadi diberi.

M: Wah, iPod baru! Bak sini jap aku tengok.

Rakanku M membelek-belek iPod berkenaan. Hampir setiap butiran ditelitinya secara amati. M memang dikenali dengan kebijaksanaan dan pengetahuannya dalam bidang perbankan juga isu semasa. Terkadang, aku juga meminta nasihat daripadanya.

M: Kamu tengok ni, apa yang tertulis kat belakang iPod ni. Designed by Apple, California. Assembled in China.

Aku: Ha, kenapa?

M: Kamu tau tak, yang barangan buatan China ni banyak melamin. Melamin bukan plastik. Tetapi ia sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik. Bahaya, takkan tak pernah dengar kot?

Aku: Biar benar? Entahlah, aku jarang tengok berita kat TV.

M: Kamu nak membahayakan nyawa kamu sendiri ke dengan menggunakan barangan buatan China ni?

Aku: Ish, kalau boleh taknak lah. Buat apa bahayakan nyawa sendiri.

M: Ha macam ni lah. Kamu bagi iPod ni kat aku. Kamu ambil iPod nano fake aku tu.

Aku: Eh, kamu nak bahayakan nyawa kamu juga ke?

M: Bukan macam tu, aku ada kawan dari China yang dah ajar aku langkah pencegahan nak elakkan masalah melamin ni. Kamu tak tau langkah percegahannya lagi. Kamu nak bahayakan nyawa kamu?

Aku: Okey, okey. Aku tak sanggup. Takpe, kamu ambillah iPod aku tu. Bagi aku iPod fake kamu tu. Terima kasih M, kalau kamu takde, memang aku tak tahu menahu pasal benda ni.

Ha, semua pembaca nampak tak kebijaksanaan rakanku yang bergelar M ini? Sampai sekarang aku rasa sangat bersyukur kerana M telah berjaya menahan aku daripada membahayakan nyawa sendiri. Semuanya kerana aku masih tidak mempelajari sebarang langkah pencegahan disebabkan aku tidak mempunyai rakan daripada China. Sekali lagi, terima kasih M!

Kedengaran Di Eskalator

Aku dan Honey menghadiri majlis pratonton tayangan perdana "X-Men Origins: Wolverine" di Cineleisure, Damansara. Kami berjalan menuju ke aras di mana tayangan perdana itu disiarkan. Ketika melalui salah sebuah eskalator di dalam bangunan tersebut, seperti biasa Honey bergurau denganku.

Honey: Nak cium sikit!

Aku: Ish, mana boleh. Kat sini ramai parents, tempat keluarga. Tak manis nanti orang nampak.


Honey: Em, kalau cium tak boleh, public sex boleh tak?


Aku: Ha, kalau public sex, boleh.


Para kekasih sekarang. Apa yang kamu semua belajar di sekolah dulu?

Dilema

Aku ada seorang rakan yang boleh tahan rapatnya keakraban kami. Dulu, kami sekelas, rajin melepak bersama, ke sana sini tanpa arah tujuan. Berkongsi sebatang rokok di tangga fakulti, menunggang motor ke kelas dan pelbagai aktiviti yang kena dengan imej badboy kami. Tapi hati kami kekal ceria, tiada masalah kronik yang wujud. Sehinggalah kami menamatkan pelajaran.

Namun kini, akibat kecenderungan ingin membaiki diri di samping mahukan gaya hidup yang lebih baik, kami sudah mula bekerja. Boleh dikatakan kami jarang bersemuka, apatah lagi menghabiskan masa bersama. Masing-masing terlalu sibuk membanting tulang untuk rezeki sesuap nasi. Tak apalah, kerja bukan?

Tapi apabila tiba waktunya ketika kami berdua mempunyai masa lapang, peluang ini akan kami genggam sebaik mungkin seterusnya keluar melepak bersama. Boleh dikatakan hampir setiap bulan, sekali atau dua kali kami bertemu. Walau begitu, sejak kebelakangan ini, kami terlalu jarang bertemu. Sudah beberapa kali aku mengajak rakanku ini keluar melepak, namun ada saja alasannya. Ikutilah sedutan perbualan kami di tetingkap Yahoo Messenger di bawah.

Isnin
Aku: Wey, jom kita lepak habis kerja nanti, okey tak?

Rakan: Aiseh, tak bolehlah. Malam ni aku kena pergi pasar malam kat taman aku!


Aku: Oh ye ke? Okeylah kalau macam tu.


Selasa
Aku: Malam kang kita lepak, nak?

Rakan: Hari ni tak bolehlah. Aku nak bawak famili aku pergi pasar malam kat taman sebelah.

Aku: Okey tak apa. Esoklah kita lepak ye.

Rabu
Aku: Ha, malam ni apa macam? Boleh lepak?

Rakan: Aduh! Kau lambat la! Aku dah buat rancangan nak pergi pasar malam kat tempat aku malam ni. Lain kali le kita lepak ye.

Aku: Aik! Kat tempat kau memang selalu ada pasar malam ke?

Rakan: Ha ah la. Kat tempat aku ni pasar malam memang ada setiap hari Isnin sampai Rabu. Hehehe!

Aku: Oh, macam tu ke. Macam ni la brader, apa kata kau datang tempat aku, kau masuk dalam seluar dalam aku. Kat dalam seluar dalam aku hari-hari ada pasar malam. Kau boleh layan pasar malam puas-puas. Okey?

Rakan aku tersebut signed out lantas meninggalkan aku dalam dilema.

Hati Terhibur Walaupun Dihujani Lumpur

*Gambar diambil ketika kugiran Jamiroquai membuat persembahan sempena kejohanan F1 di Sepang.
Memang tak syak lagi! Patutlah Jamiroquai dikatakan antara artis yang paling mahal mengenakan bayaran persembahan. Tonggak utama kumpulan ini, iaitu Jay Kay merupakan seorang yang amat aktif, bergaya dan begitu rancak menghangatkan suasana pentas. Seluruh penonton terhibur, rasa bosan langsung tidak timbul. Aku kagum!

Khamis, 5 Februari 2009

Kesungguhan Terserlah

Aku rasa sudah tiba waktunya untuk aku melakukan penghijrahan diri. Jadi, selepas ini akan tiada lagi kandungan entri kurang matang yang seterusnya mampu menyekat sifat kematangan yang tertanam dalam diri.

Disebabkan faktor umur yang semakin meningkat, aku telah tampil dengan pendirian ini. Pada penghujung September tahun ini, aku bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18.

Sehubungan dengan itu, aku pinta agar semua pengunjung dan pembaca memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada aku untuk mengekalkan misi mendewasakan blog ini.

Sebagai pembuka kandungan sempena kematangan blog yang akan berlangsung, aku mulakan dengan ayat; "Aku nak nenen!".

Terserlah kesungguhanku pada ayat itu.

Selasa, 3 Februari 2009

How I Met Your Hot Mother (Part 2)

Aku memperkemaskan diri dengan begitu sempurna sekali pada malam itu. Mandian tab air panas dengan sabun berbuih, mencukuri kumis yang mengganggu kawasan bibir mungilku dan menggunakan perapi rambut berjenama mahal. Sesudah selesai melakukan aktiviti mandian, cukuran dan penjagaan rambut, aku mengenakan jubah mandi lalu melangkah ke kamar tidur. Aku nyalakan lilin terapi aroma yang mengeluarkan bauan lavender dan memainkan piring hitam dengan dendangan lagu daripada The Cure - Friday I'm In Love. Aku mahu jadikan malam itu sebagai kenangan yang paling berharga buat diri sendiri dan juga insan tersayang. Ya, pada malam itu, kekasihku Honey akan menghabiskan malamnya bersama aku di rumah.

Sesekali aku bernyanyi bersama iringan suara Robert Smith yang keluar dari corong pembesar suara piring hitam. Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam. Bila-bila saja Honey akan muncul di hadapan pintu kediamanku. Semuanya telah diatur dengan rapi. Dari persiapan fizikal diri hinggalah ke penghiasan kamar bagi menaikkan rasa romantik sekeliling. Ding-dong. Loceng rumah berbunyi. Nampaknya Honey telahpun tiba. Aku berlari ke pintu untuk menyambut kedatangan Honey. Setelah pintu dibuka, aku terpesona sebentar apabila melihat wajah dan busana yang dikenakan oleh jantung hatiku. Jelita sungguh.

"Honey, jemputlah masuk ke teratak Baby," aku ucap, sambil mencium tangannya yang berbau harum.

"Okey Baby," dia sambut manja.

Kami melangkah ke kamar bilik. Lalu kami labuhkan pinggul ke atas katil. Aku tidak mahu ianya kelihatan terburu-buru. Jadi aku mengambil keputusan untuk memegang tangan Honey dahulu. Pegangan aku dibalas baik dengan genggaman tangannya. Sejurus selepas itu, aku menghadiahkan sekucup ciuman di lehernya. Akhirnya kami sepakat untuk melangkah ke tahap seterusnya untuk malam itu.

Honey menolak tubuhku jatuh menghempap tilam. Perlahan-lahan dia menarik bajuku separuh tanggal. Aku hanya mampu membuat reaksi ghairah pada ketika itu. Lalu tangan Honey segera menuju ke bahagian zip seluarku.

"Baby nak?" si dia bertanya dengan nada geram.

"Nak apa? Honey nak buat apa ni?" aku jawab dengan nada hairan yang sengaja dibuat-buat.

"Ala, I nak bj U la," balasnya dengan penuh mesra.

Untuk menghangatkan suasana, aku bergurau dengan Honey dengan tujuan mengusiknya.

"Ish, takpela, Honey takyah bj I la," aku mulakan gurauan.

"Kenapa pula Baby? Baby tak suka I ke?" jawabnya mahukan kepastian.

"Bukan macam tu, tapi Honey tau tak, wanita yang pernah bj tak akan mencium bau syurga," aku mencelah.

Honey seakan terperanjat. Umpama bayangan silam menghantui dirinya. Reaksi sesalan terpancar di wajahnya. Beberapa titisan air mata mula mengalir. Memang aku nantikan saat seperti ini, waktunya sudah sampai. Aku membuka mulut lalu mengeluarkan kata-kata hikmat.

"Honey tau tak, macam mana wanita yang bj nak cium bau syurga, kalau wanita tu bj, dia cium bau zakar je lah! Hehe!"

Pang! Sekeping penampar hinggap di pipiku. Honey bergegas keluar dari kamar tidur menghala ke pintu keluar rumah. Pintu rumah dihempaskan sebelum dia beredar.

"Honey! Honey!" aku menjerit. Namun, tiada apa yang mampu mengubah suasana malam tersebut. Jeritan sesalan, cukuran kumis, dandanan rambut mahupun bauan lilin terapi aroma semuanya tidak bererti lagi.

Akhirnya, akibat kecuaian diri sendiri, aku melepaskan sisa-sisa nafsu batinku pada malam itu ke dinding bilik mandi.