Khamis, 7 Mei 2009

Dilema

Aku ada seorang rakan yang boleh tahan rapatnya keakraban kami. Dulu, kami sekelas, rajin melepak bersama, ke sana sini tanpa arah tujuan. Berkongsi sebatang rokok di tangga fakulti, menunggang motor ke kelas dan pelbagai aktiviti yang kena dengan imej badboy kami. Tapi hati kami kekal ceria, tiada masalah kronik yang wujud. Sehinggalah kami menamatkan pelajaran.

Namun kini, akibat kecenderungan ingin membaiki diri di samping mahukan gaya hidup yang lebih baik, kami sudah mula bekerja. Boleh dikatakan kami jarang bersemuka, apatah lagi menghabiskan masa bersama. Masing-masing terlalu sibuk membanting tulang untuk rezeki sesuap nasi. Tak apalah, kerja bukan?

Tapi apabila tiba waktunya ketika kami berdua mempunyai masa lapang, peluang ini akan kami genggam sebaik mungkin seterusnya keluar melepak bersama. Boleh dikatakan hampir setiap bulan, sekali atau dua kali kami bertemu. Walau begitu, sejak kebelakangan ini, kami terlalu jarang bertemu. Sudah beberapa kali aku mengajak rakanku ini keluar melepak, namun ada saja alasannya. Ikutilah sedutan perbualan kami di tetingkap Yahoo Messenger di bawah.

Isnin
Aku: Wey, jom kita lepak habis kerja nanti, okey tak?

Rakan: Aiseh, tak bolehlah. Malam ni aku kena pergi pasar malam kat taman aku!


Aku: Oh ye ke? Okeylah kalau macam tu.


Selasa
Aku: Malam kang kita lepak, nak?

Rakan: Hari ni tak bolehlah. Aku nak bawak famili aku pergi pasar malam kat taman sebelah.

Aku: Okey tak apa. Esoklah kita lepak ye.

Rabu
Aku: Ha, malam ni apa macam? Boleh lepak?

Rakan: Aduh! Kau lambat la! Aku dah buat rancangan nak pergi pasar malam kat tempat aku malam ni. Lain kali le kita lepak ye.

Aku: Aik! Kat tempat kau memang selalu ada pasar malam ke?

Rakan: Ha ah la. Kat tempat aku ni pasar malam memang ada setiap hari Isnin sampai Rabu. Hehehe!

Aku: Oh, macam tu ke. Macam ni la brader, apa kata kau datang tempat aku, kau masuk dalam seluar dalam aku. Kat dalam seluar dalam aku hari-hari ada pasar malam. Kau boleh layan pasar malam puas-puas. Okey?

Rakan aku tersebut signed out lantas meninggalkan aku dalam dilema.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah seluar dalam idaman papa chinos.

Roket Saintis berkata...

adiospunk - Apa kata kau masuk dalam seluar dalam Papa Chinos periksa ada tak Pasar Malam dalam tu okey?