Khamis, 5 Februari 2009

Kesungguhan Terserlah

Aku rasa sudah tiba waktunya untuk aku melakukan penghijrahan diri. Jadi, selepas ini akan tiada lagi kandungan entri kurang matang yang seterusnya mampu menyekat sifat kematangan yang tertanam dalam diri.

Disebabkan faktor umur yang semakin meningkat, aku telah tampil dengan pendirian ini. Pada penghujung September tahun ini, aku bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18.

Sehubungan dengan itu, aku pinta agar semua pengunjung dan pembaca memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada aku untuk mengekalkan misi mendewasakan blog ini.

Sebagai pembuka kandungan sempena kematangan blog yang akan berlangsung, aku mulakan dengan ayat; "Aku nak nenen!".

Terserlah kesungguhanku pada ayat itu.

Selasa, 3 Februari 2009

How I Met Your Hot Mother (Part 2)

Aku memperkemaskan diri dengan begitu sempurna sekali pada malam itu. Mandian tab air panas dengan sabun berbuih, mencukuri kumis yang mengganggu kawasan bibir mungilku dan menggunakan perapi rambut berjenama mahal. Sesudah selesai melakukan aktiviti mandian, cukuran dan penjagaan rambut, aku mengenakan jubah mandi lalu melangkah ke kamar tidur. Aku nyalakan lilin terapi aroma yang mengeluarkan bauan lavender dan memainkan piring hitam dengan dendangan lagu daripada The Cure - Friday I'm In Love. Aku mahu jadikan malam itu sebagai kenangan yang paling berharga buat diri sendiri dan juga insan tersayang. Ya, pada malam itu, kekasihku Honey akan menghabiskan malamnya bersama aku di rumah.

Sesekali aku bernyanyi bersama iringan suara Robert Smith yang keluar dari corong pembesar suara piring hitam. Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam. Bila-bila saja Honey akan muncul di hadapan pintu kediamanku. Semuanya telah diatur dengan rapi. Dari persiapan fizikal diri hinggalah ke penghiasan kamar bagi menaikkan rasa romantik sekeliling. Ding-dong. Loceng rumah berbunyi. Nampaknya Honey telahpun tiba. Aku berlari ke pintu untuk menyambut kedatangan Honey. Setelah pintu dibuka, aku terpesona sebentar apabila melihat wajah dan busana yang dikenakan oleh jantung hatiku. Jelita sungguh.

"Honey, jemputlah masuk ke teratak Baby," aku ucap, sambil mencium tangannya yang berbau harum.

"Okey Baby," dia sambut manja.

Kami melangkah ke kamar bilik. Lalu kami labuhkan pinggul ke atas katil. Aku tidak mahu ianya kelihatan terburu-buru. Jadi aku mengambil keputusan untuk memegang tangan Honey dahulu. Pegangan aku dibalas baik dengan genggaman tangannya. Sejurus selepas itu, aku menghadiahkan sekucup ciuman di lehernya. Akhirnya kami sepakat untuk melangkah ke tahap seterusnya untuk malam itu.

Honey menolak tubuhku jatuh menghempap tilam. Perlahan-lahan dia menarik bajuku separuh tanggal. Aku hanya mampu membuat reaksi ghairah pada ketika itu. Lalu tangan Honey segera menuju ke bahagian zip seluarku.

"Baby nak?" si dia bertanya dengan nada geram.

"Nak apa? Honey nak buat apa ni?" aku jawab dengan nada hairan yang sengaja dibuat-buat.

"Ala, I nak bj U la," balasnya dengan penuh mesra.

Untuk menghangatkan suasana, aku bergurau dengan Honey dengan tujuan mengusiknya.

"Ish, takpela, Honey takyah bj I la," aku mulakan gurauan.

"Kenapa pula Baby? Baby tak suka I ke?" jawabnya mahukan kepastian.

"Bukan macam tu, tapi Honey tau tak, wanita yang pernah bj tak akan mencium bau syurga," aku mencelah.

Honey seakan terperanjat. Umpama bayangan silam menghantui dirinya. Reaksi sesalan terpancar di wajahnya. Beberapa titisan air mata mula mengalir. Memang aku nantikan saat seperti ini, waktunya sudah sampai. Aku membuka mulut lalu mengeluarkan kata-kata hikmat.

"Honey tau tak, macam mana wanita yang bj nak cium bau syurga, kalau wanita tu bj, dia cium bau zakar je lah! Hehe!"

Pang! Sekeping penampar hinggap di pipiku. Honey bergegas keluar dari kamar tidur menghala ke pintu keluar rumah. Pintu rumah dihempaskan sebelum dia beredar.

"Honey! Honey!" aku menjerit. Namun, tiada apa yang mampu mengubah suasana malam tersebut. Jeritan sesalan, cukuran kumis, dandanan rambut mahupun bauan lilin terapi aroma semuanya tidak bererti lagi.

Akhirnya, akibat kecuaian diri sendiri, aku melepaskan sisa-sisa nafsu batinku pada malam itu ke dinding bilik mandi.