Jumaat, 16 Januari 2009

Ketidakwarasan Sahabatku

Apa cerita semua pengunjung blog "How I Met Your Hot Mother"? Sudahkah anda beronani pada hari ini? Jika belum, tahniah diucapkan kerana anda berjaya mengelakkan perbuatan yang berbaur maksiat. Aku akan mulakan entri pertama sempena Tahun Lembu (menurut kalendar Cina) ini dengan sebuah kisah mengenai sahabat aku.

Cukuplah sekadar anda mengenalinya sebagai Karim. Karim seorang yang ceria, periang serta gemar berbicara. Tetapi, sikapnya yang suka bercakap tinggi membuatkan ramai rakan kurang selesa ketika bersamanya. Antara cerita yang sering dibanggakan olehnya ialah mengenai kebolehannya meniduri ramai wanita, yang tewas dalam dakapannya. Kami, sebagai rakan selepaknya kadangkala amat hairan mendengar cereka yang keluar dari mulutnya. Entahkan benar atau tidak. Setiap kali melepak, ada saja cerita baru yang dipersembahkan olehnya.

Karim : Wey, korang tau tak, malam tadi aku baru lepas main dengan sorang awek ni! Putih beb! Aku jilat cipap dia, wangi!

Rakan 1: Wah, hebatnya kau ni!

Rakan 2: Berapa banyak cipap yang kau dah jilat selama ni, ha?


Karim: Ish, jangan cerita le. Banyak giler yang aku dah jilat. Semuanya hasil dari 'ayat power' yang aku miliki. Korang, apa ada? Jilat aiskrim je lah.


Aku yang awalnya berada pada pihak berkecuali terpaksa mengeluarkan bunyi apabila mendengar kenyataan tersebut. Bukannya mahu mencaci, tetapi tiada seorang rakan pun yang berani bersuara menentang kenyataan Karim. Maklumlah, semasa di sekolah dulu, Karim merupakan Pengawas Perpustakaan. Lantas, aku memulakan perdebatan.

Aku: Banyaknya jumlah cipap yang kau pernah jilat ye?

Karim: Haruslah, aku kan player.


Aku: Aku bukannya apa, tapi kau pernah dengar tak, sesiapa yang pernah jilat cipap, tak akan cium bau syurga.

Karim: ... (gulp, menelan air liur)

Setelah kata-kata itu keluar dari mulut aku, jelas kelihatan wajah Karim berubah. Riak wajahnya yang sebelum ini umpama senyum hingga ke telinga bertukar menjadi diam tanpa bahasa. Kaku, seakan seribu tanda penyesalan terpampang di wajahnya. Juga boleh dilihat reaksi rakan-rakan lain ketika itu seperti mengucapkan kata 'YES!' di dalam hati mereka. Aku tidak terhenti di situ, aku masih mahu meneruskan perdebatan bersama Karim.

Aku: Kau tahu tak Karim, 'Barang siapa yang menjilat cipap wanita, tidak akan mencium bau syurga, melainkan mencium bau cipap berkenaan'.

Sambil melemparkan wang ke atas meja sebagai bayaran ke atas kopi ais yang aku minum, aku menolak kerusi lalu beredar dari lokasi lepak pada malam itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HaHahHAHAha

Amende la Karim.
Mesti dia salah pilih rakan sembang sebab kau sendiri lagi lazer dari Star wars.

Semoga karim insaf dan join rakan Muda. Sebab bebudak rakan muda senang sikit nak kena kencing

Tanpa Nama berkata...

bukan karim tu kamu ke?

Elly Rocker berkata...

die bukan karim la, die *****, patutkah aku bgtau je sapa penulis blgo nih?

Tanpa Nama berkata...

wah.. siap bagi hujah ala-ala hadith tu...

neway, kamu bagi jawapan yang pedas macam cili. okey~

Tanpa Nama berkata...

tolong jangan beritahu siapa tuan empunya blog ini. nanti hancur imaginasi aku nanti.

terima kasih banyak banyak